Friday, April 16, 2010

mencari..,

aku masih mencari,
titis air ug turun dr langit, 
titis2 air yg jernih tnpa sedikit pon tercela,
aku masih mencari, sinar cahaya matahari yg tak memeritkan kulit dan mataku, 
aku masih mencari tatih2 dalam perjalanan yg penuh dgn liku2 dan dugaan..
aku masih mencari kasih sayang yg diberi tanpa mengharapkan pembalasn, 
aku masih mencari sekelumit cinta untuk aku terus bernafas..

oh Tuhanku, Ya Allah Yang Maha Adil lagi Mengasihi, 
berikan hambamu ini sedikit rasa tabah, sayang, mengerti, mengasihi, menyayangi dan juga sedikit keampunan dan kemaafan...
sesungguhnya, kdg2 aku alpa, tersadung jauh dr jalanMu..
Ya Allah, tunjukkan aku jalanMu, Ya Allah..
moga aku tidak lg akn mengulangi kesilapan ku yg dahulu...
Ampunkn aku Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Wednesday, April 14, 2010

lantak ko lahh..

lantak ko lah..
aku xpeduli dak kat ko..
ko mmg gila..
kwn ko2 yg xbpe nk btol tu, ko dgr kn,
bkn nk pkir dlu..
pastu slh2 kn org laen..
pdn muka, skang, sndiri saket..

Friday, April 9, 2010

Doa buat kekasih~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
 
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…


Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.