Wednesday, June 23, 2010

kadangkala,,

kadangkala,
aku mahu berlari mendapatkannya,
mahu aku menangis dalam pelukannya,
meratap kesedihan,
tika jatuh di tangga pendakian,
tika lemah menerima berita kematian,
tika terduduk dicantas teman....

kadangkala,
aku mahu semuanya,
mahu dan ingin menerima smuanya...
yg tersurat dan juga tersirat,
tak lari dr yg aku impikn....

kadangkala,
aku hanya mampu berdiri, tapi tak mampu berlari,
mengejar erti hdup...

kadangkala,
aku hanya mampu memandang, tapi tak mampu bersuara,
mengetahui hakikat hidup...

kadangkala,
aku hanya mampu berfikir, tapi tak mampu meluahkan,
isi hati, hakikat diri.....

No comments:

Post a Comment